azabkha-ism ; tentang aku dan apa2 je!

HAI...! IT'S ME!

My Photo
Aza Rie
Belawai, Sarawak, Malaysia
I'm a simple human who lives in a simple life. Hope to express myself through my blogs! If in case, you don't like what I write and what you read here, please know that you always have your right to click the x button at the upper right of your Windows. Thanks
View my complete profile

Ulasan Kejohanan Olahraga SMK Belawai 2010


Dari laptop:
Tukang Catat Markah a.k.a Tukang Wat Analisis
Kejohanan Olahraga SMK Belawai 2010

Sekolah saya baru je selesai melangsungkan kejohanan olahraga tahunan tengahari tadi. Dan masuk tahun ni, dah 4 tahun saya ditugaskan sebagai tukang catat markah kejohanan tapi tahun ni la tahun pertama saya rasa tugas ni tak sangat membebankan. Semuanya dah automatically calculated bila saya masukkan nama rumah sukan dan pemenang. Thanks to technology kan. Dan hasil dari 4 hari saya dan kawan2 sekerja dan anak2 murid yang bersungguh menjayakan kejohanan olahraga tahun ni, inilah keputusan keseluruhan kejohanan.

* Markah setelah dicampur dengan keputusan perbarisan lintas hormat.

THO masih kekal juara, jauh meninggalkan lawannya, TAZ dengan mata sebanyak 72 dan TDM yang pada mulanya hebat bersaing dengan TAR akhirnya kecundang pada acara-acara akhir. Pada saya, tahun ni, persaingan tak sesengit tahun lepas yang mana beza markah antara rumah2 sukan sket je, membuatkan saya dan rakan2 pencatat keputusan yang lain berpeluh2, takut tersilap kira sebab 1 markah pun dah boleh effect pada keputusan keseluruhan. We always want fair play, right?

PERHATIAN: Table kat atas ni memang tak clear, bukan masalah mata korang ye.

Apa yang saya nak highlight kan pada table atas ni adalah keputusan mengikut acara. Acara 1-20 kat bahagian table berwarna atas skali, then 21-40, pastu 41-60 dan table last skali tu acara 61-80. Table tak berwarna tu, takyah pk apa die. Warna2 tu semuanya mengikut rumah sukan. Kalau anda perhatikan, acara 1-20 (acara padang) kebanyakannya dijuarai THO dan acara-acara akhir (acara padang) diungguli oleh TAZ. Manakala, TAR dan TDM terselit sekali sekala di tempat pertama.

Okay, carta kat atas ni pula adalah gambaran markah yang dikumpulkan oleh setiap rumah sukan mengikut kategori. Jika diperhatikan, kekuatan THO adalah pada 18 dan 15TKB. TAZ pula mempunyai kekuatan pada peserta 14TKB yang jauh lebih besar dari THO. Adakah TAZ akan berjaya merampas takhta juara dari THO pada 2012? Hmm..mungkin kan.. Atau mana tahu TAR dan TDM membuat anjakan paradigma meraih kemenangan pada tahun akan datang? Segalanya mungkin.

Minggu Yang Semak


Minggu ni memang minggu yang menyemakkan pale otak saya. Sangat sibuk dengan segala mala data sekolah. Baru lepas balik dari meeting SMA, SMM dan SSDM Jan lalu, skang ni plak kne ke meeting OPMEN yang memerlukan data lengkap EMIS untuk dieksport ke data OPMEN. Bukan tu saja yang buat saya pening pale, minggu sukan plak skang ni. Dan saya lagi yang ditugaskan jadi pencatat markah. (Elehhh..setakat catat markah, sape2 pun leh wat...) Ok, right. mmg betul. tapi dalam kondisi saya yang serabut dgn segala mala data ni, faham2 saje lah jika pengiraan markah dan analisis kedudukan rumah2 ada yang cacat di mana-mana. (Saya memang dah tak larat nak peduli).

Sejak semalam, pale otak saya penuh dengan THO, TDM, TAZ dan TAR untuk dikey-in, belum lagi masuk ke bab numbers plak. Bila masuk kelas plak, saya akui susah untuk saya concentrate mengajar sebab banyak mende yang bermain dalam pale saya, mende yang belum sempat settle tapi perlu disettlekan segera. Kadang2, serius saya penah terfikir untuk quit; wat bisnes sendiri yang mana saya akan dapat income berdasarkan usaha saya berbanding skrg, buat keje camne byk pun, income takat itu juga..(kontroversi kah? alaa..that's the fact kann..time saje la) dan jarang2 kita rasa dihargai atas apa yang telah kita lakukan.

Sori la if entry kali ni bagai ditulis oleh org yang bercakap tanpa berfikir tapi itulah ikhlas lahir dari hati saya. If tak setuju ke setuju ke, it's your own thinking. I don't even need your bless to keep on living. Ok, see ya next post!

Rindu Abah.

Dalam hidup saya, ada masa-masanya saya rasa sangat rindukan arwah abah saya. My dad wasn't a popular person, he hadn't job as good as yours tapi he was the man that I love most and he still is. Abah saya hanya seorang peneroka Felda dan penjual apam balik kat simpang tiga kampung saya tapi dengan duit hasil potong buah kelapa sawit dan jual apam balik tu la yang membesarkan saya dan tiga kakak saya yang lain. Rumah saya mungkin tak besar dan langsung tak mewah tapi didalamnya ada sebuah keluarga bahagia yang hidup serba sederhana.

Saya masih ingat masa kecik2 dlu, saya tidur malam2 ngan abah, abah beritahu saya macam-macam cerita; dari yang logik, tak berapa logik dan tak logik langsung. Tapi apa pun yang abah cakap, semua saya percaya. Saya selalu tolong abah kat gerai apam balik waktu petang dan kalau cuti hujung minggu plak, saya ikut abah p kebun, kutip buah kelapa sawit yang lerai2 tuu. Memang saya tak berapa rapat ngan mak saya masa saya kecik, mungkin sebab mak saya tersangatlah garang masa kami kecik2 dulu..huhu

Serius. Saya rindukan arwah abah saya.

My family with my late father.

QUOTES OF THE DAY